KES ROGOL: KEBENARAN BUKAN KONSPIRASI
Miri-Bulan Oktober adalah bulan hangat apabila tercetusnya kes rogol gadis penan di pedalaman Baram. Saya turut bangkit dan terkejut dengan berita yang tidak berperikamnusiaan tersebut. Maka, saya telah bertemu rakan lama yang berbangsa penan yang bekerja di Miri. Perbualan kami memang senyap tetapi penting. Saya melihat ke kiri dan ke kanan agar tidak ada orang memasang telinga.
Ternyata kes pertama kali tersebar ini bukan sekali tetapi ada kalanya terjadi tidak dirancang. Sejak dulu lagi ia berlaku tetapi sekadar pengetahuan masyarakat sahaja. Kenapa ini berlaku? Kata rakan saya tersebut, ia adalah gara-gara godaan pekerja. Malah janji manis yang diutarakan sangat halus. Yang menjadi mangsanya ialah gadis-gadis penan. Gadis-gasi muda ini dilayan dengan tipuan yang hebat.
Namun bolg ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi sekadar papan tanda bahawa memang berlaku perkara tidak senonoh terhadap masyarakat yang tertindas ini. Maksud saya, yang menjadi penindas adalah syarikat pembalakan dan pekerja yang tidak bermoral. Bukan sahaja masalah sosial tetapi khazanah yang dipertahankan turut musnah seperti kawasan perkuburan dan harta tanah untuk tapak perumahan dan tanaman. Betul atau salah, inilah kenyataan masyarakat berkenaan.
Saya berharap sangat masyarakat ini diberi perhatian dan tidak ditinggalkan. Mereka juga masyarakat Malaysia yang perlu diberi faedah kehidupan yang sewajarnya. Apa pula pandangan aktivis bangsa yang prihatin.


0 komentar:
Posting Komentar