Selasa, 07 April 2009

KENAPA RAKYAT TIDAK SAYANG KERAJAAN

Miri - sekali lagi sejarah pilihan menjadi sejarah tersendiri tanah air. Tanggal 7 April 2009, Batang Ai menemukan BN dengan parti PKR. BN menang besar dan menunjukkan rakyat amat berpuas hati terhadap kerajaan BN. Atau ada disebaliknya kemenangan BN. Atau PKR memang tidak diberi peluang untuk sekurang-kurangnya memerintah di Sarawak. Tahniah BN.

Namun, yang paling perit apabila dua tempat, BN kecundang dengan majoriti besar. Sekali gus menunjukkan rakyat di Semenanjung sudah tidak memandang BN dan bertekad untuk mengubah keadaan untuk kembali menjadi mundur. Tidak ada ucapan terima kasih rakyat kepada BN yang bertungkus lumus menyalurkan wang ringgit dan pembangunan di Semenanjung. Mereka tetap menyokong pembangkang. Apa sudah terjadi dengan rakyat di Semenanjung?

Namun, sukar dijelaskan. Amat payah di ertikan apabila perlantikan Tan Sri Datuk Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 disambut dengan kekalah di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Di mana silapnya?

Senin, 30 Maret 2009

KEMPEN PILIHAN RAYA BATANG AI

Pilihan Raya Batang Ai akan menempuh satu lagi sejarah di Bumi Kenyalang. Kini, nampaknya BN seperti bertembung antara BN sendiri.

Apa tidaknya, sdr. Jawah G itu sudah lima penggal sebagai calon BN. Gara-gara tidak terpilih mewakili BN, SDR jAWAH berpaling tadah pula mewakili PKR yang sedang dilanda kemelut politik yang paling gempak. Sudah menjadi bara, kerana ahli PKR bertelagah di tanah Semenanjung. Apa pula strategi PKR sehingga boleh memujuk Jawah MEWAKILI MEREKA?
Di mana pula pendirian Jawah G yang suatu ketika dulu seperti ayam tambatan BN dan berjanji tidak akan berpaling tadah walau apa pun berlaku. Di sini seakan berlaku unsur kerosakan minda manusia. Mungkin juga kerama racun politik yang payah mahu dilenyapkan apabila sudah memisahkan diri dari politik gara-gara sudah tidak diperlukan lagi.
Kepada semua bangsaku dan masyarakat di rumah rumah. Anda semua pilihlah yang terbaik dan parti mana yang boleh diharapkan. Janganlah memperjudikan masa depan anda. Kalau selama ini kita tidak pernah mendapat belaan, janganlah undi parti yang memang tidak membela kita. Kalau parti pembangkang hanya sebagai pengacau, tinggalkan saja.
Saya sempat bertanya kepada rakan-rakan di kawasan berkenaan, memang hidup mereka miskin. Memang juga pembelaan agar sukar kerana jarak yang memisahkan mereka. Tetapi di mana janji pemenang di kawasan itu? Masalah memang meningkat apabila harga barang-barang tinggi. Siapa mahu disalahkan! Saya berharap sangat buat warga saya, pilihlah pemimpin yang boleh memimpin.

Minggu, 08 Februari 2009

Demonstrasi Bahasa Melayu

Pada 15 Februari 2009, adalah detik rakyat membuat demonstrasi kepada kerajaan agar pihak berkuasa kerajaan segera memutuskan nasib bahasa Melayu di dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ramai tokoh tersohor bersama pecinta bahasa Melayu akan berkumpul dan berarak ke balai polis untuk membuat laporan. Bukan itu sahaja, pengucapan oleh tokoh bahasa dan budaya juga akan dilangsungkan bagi menguruskan perkara berkenaan.

PUTERA akan diwakili oleh Ketua Satunya, sdr. Abizai. Kami seluruh ahli akan berdiri kukuh di belakang ketua satu untuk membela bahasa Melayu yang diruntuhkan seperti Israel meruntuhkan empayar Palestin. Semoga perjuangan memartabatkan bahasa Melayu mencapai kejayaan!

Jumat, 16 Januari 2009

SAYA AKAN TERUS MENULIS

Saya akan terus mengkaji, menyelidik dan mencari bahan-bahan penting untuk menghasilkan karya bermutu. Walaupun selepas menerima tekanan tentang artikel yang terbit di BH, saya akan terus menulis untuk perjuangan diri dan masyarakat sekeliling saya. Biarpun suatu hari nanti saya timbunkan karya tanpa dihantar ke mana-mana, saya tetap akan menulis seperti saya yang terus perlu makan minum demi kehidupan pada hari-hari akan datang.

Saya menulis kerana saya perlu berjuang. Saya menulis kerana dengan cara itu saya menguruskan kehidupan saya. Kerana dengan cara itu minda dan pemikiran saya bergerak. Saya menulis kerana dengan cara itu saya bersenam. Saya akan menulis kerana itu satu keadilan yang boleh memberikan setiap jawapan. Saya akan menulis walaupun dalam banyak rintangan. Saya akan menulis kerana itu satu kewajiban. Saya akan menulis sekagi kamu menulis!

KEJUJURAN DBPCS DIPERSOAL-BERITA HARIAN


Photo: Saya bersama saudara Phoro Hakim.
Hari khamis, 15 Januari 2009, adalah detik yang cukup mengejutkan saya. Tanpa saya sedari berita yang saya timbulkan lewat blog telah dipaparkan di dada akhbar agung tanah air. Pada pagi itu, saya tidak putus-putus menerima panggilan dan sms dari rakan-rakan penulis. Saya memang terperanjat sehingga saya panik dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Bukan apa, kerana saya tidak menyangka suasana ini timbul. Memang petikan itu tajam dan begitu menyulam perasaan pihak yang berkaitan. Termasuk diri saa sendiri yang memang tidak mahukan perkara itu terbit. Namun, saya terima dalam keadaan tertekan. Maka, di ruang ini saya memohon maaf kepada Editor DBPCS, sdr Abg Haliman dan pembantunya. Juga mohon maaf kepada pengarah yang saya cukup kagumi, sdr Jiso Rutan dan timbalannya, Abg Padeli Abg Muhi serta kerabat DBP sekali.
Saya tidak berniat merendah-rendahkan cara pengurusan institusi DBPCS dan tidak sekali-kali ingin memburukkan cara tuan mengadili sesebuah karya untuk dinilaikan. Juga, saya tidak mempunyai perasaan prasangka dan masuk campur dalam urusan berkaitan.
Memang saya sedikit terkilan sehingga saya membuat alasan di dalam blog saya tetapi tidak bermaksud mengwal-walkan perkara ini untuk umum. Buat sdr. Nazmi Yakup, alangkah baiknya kalau diberitahu kepada saya terlebih dahulu tentang perkara ini. Namun, segalanya telah berlalu. Saya hanya menanti apa reaksi pihak DBPCS terhadap saya. Maka, kesempatan ini, saya memohon maaf kepada DBPCS.

Rabu, 07 Januari 2009

Fragmen ATMA CINTA

Cinta melibatkan budaya. Apakah harus diambil kira budaya dalam hubungan kekasih? Cinta melibatkan keluarga. Apakah cinta memerlukan perhatian keluarga apabila sudah melarat. Cinta salah pilih tetapi sudah terlanjur? Apakah kaedah yang sesuai bagi menghindarkan diri dari tekanan seterusnya. Nantikan novel Atma Cinta yang pastikan mempersembahlan jalan penceritaan yang penuh berliku.

Selasa, 23 Desember 2008

PHOTO DI GUA NIAH


Saya sedang menghalakan kamera. Abizai memerhatikan kamera dan Lawrence Atot juga mengambil gambi sambil Poul Nanggang tenang sahaja di sebelah cewek.

jaya ramba HARIAN KENYALANG TERKINI

Sentiasa dengan berita sensasi dan terkini mengikut hinsutan waktu.

Terus memberi liputan bagi membela masyarakat yang tertindas.

Menyelongkar kes-kes tersembunyi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  © Blogger template 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP