LAGU DALAM BAHASA IBAN DIROJAKKAN
Sepanjang saya menganalisis bahasa Iban, banyak kekurangan yang ternyata melambatkan pembangunan dalam bahasa Iban itu sendiri. Tidak ada pembaharuan yang terjadi sama ada penambahan mahupun pengurangan erti kata yang tidak menimbulkan maksud tertentu. Kian zaman ke depan, kian isu bahasa dijadikan politik. Maka, kian isu bahasa menjadi bahan yang remeh temeh. Apa yang sudah berlaku terhadap bangsa kita.
Bahasa Iban?
Bahasa Iban juga kena tempias yang paling teruk. Bukan sahaja tidak ada pembaharuan malah tidak ada individu yang tampil mempersoalkan isu bahasa yang kian merojak. Paling parah, apabila bahasa Iban dalam lagu telah sewenang-wenangnya dijahanamkan. Namun tetap diagungkan oleh corong-gorong media seperti surat khabar dan corong radio (RTM & Radio Cats).
Ini amat tidak adil. Kenapa pihak-pihak yang bersalah terus dibela dan bukan ditegur dan dihukum. Maka, saya beberapa kali menegur dalam beberapa ruang khas tetapi tidak ada respon yang cukup. Malah teguran isu disembunyikan. Saya berharap ruang ini ada timbal balik dan kita sebagai masyarakat berbudaya harus mempertahankan sesuatu yang dicemari.
Barangkali rakan-rakan dari Kalimantan harus membantu dalam isu bahasa ini. Apa pula komen saudara Wisnu dan rakan-rakan di Kalimantan.


0 komentar:
Posting Komentar