BICARA SANG UNGAS DI SUDUT RIMBA
Bisik-bisik sang Ungas kepada seluruh warga rimba di dataran kenyalang. Seluruh warga malang turut diangini bicara sang Ungas tentang politik rimba. Mereka sedar doktrin yang sekian lama memerintah sudah lapuk. Pembangunan yang dilahirkan hanya membebankan rimba dan sawah-sawah yang seringkali dibanjiri pelesit.
Ular-ular sawa menyusur ke mana-mana. Ular-ular sawa menggelunsur ke tanah-tanah lapang untuk dikuasai. Malah temudak-temudak penghuni rimba turut diselungkar sehabis-habisnya. Kini, para ungas sudah hilang khazanah dan harta benda. Turut direbut tanah-tanah ialah warga manusia. Kenapa?
Buaya-buaya juga turut menguasai sungai menyebabkan sang ikan terkorban. Warga manusia pula tidak dapat turut sungai dan laut kerana takut dibaham oleh sang buaya. Ungas-ungas terus berbisik.
Tiba-tiba, Ungas dicerca dan diherdik. Malah mahu diambil tindakan apabila tidak memberi tunjuk sebab. Katanya, "Bangsa sendiri pun turut dia aniaya. Mereka mahu memimpin sampai mati."


0 komentar:
Posting Komentar