Jumat, 16 Januari 2009

SAYA AKAN TERUS MENULIS

Saya akan terus mengkaji, menyelidik dan mencari bahan-bahan penting untuk menghasilkan karya bermutu. Walaupun selepas menerima tekanan tentang artikel yang terbit di BH, saya akan terus menulis untuk perjuangan diri dan masyarakat sekeliling saya. Biarpun suatu hari nanti saya timbunkan karya tanpa dihantar ke mana-mana, saya tetap akan menulis seperti saya yang terus perlu makan minum demi kehidupan pada hari-hari akan datang.

Saya menulis kerana saya perlu berjuang. Saya menulis kerana dengan cara itu saya menguruskan kehidupan saya. Kerana dengan cara itu minda dan pemikiran saya bergerak. Saya menulis kerana dengan cara itu saya bersenam. Saya akan menulis kerana itu satu keadilan yang boleh memberikan setiap jawapan. Saya akan menulis walaupun dalam banyak rintangan. Saya akan menulis kerana itu satu kewajiban. Saya akan menulis sekagi kamu menulis!

2 komentar:

dahirisaini 19 Januari 2009 pukul 16.10  

Jr hidup ni kita harus menjadi belut tau, licin dan tak mudah dipegang hheheheehe...anggaplah apa yg berlaku satu retorika diri bahawa kita harus melihat semua itu dgn positif k.

JAYA RAMBA 19 Januari 2009 pukul 20.17  

Terima kasih kawan. Memang saya terus hidup untuk menulis selain menguruskan kehidupan harian. Jadikan pengalaman lalu sebagai kenangan dan anggap ia satu kebaikan yang terus diperbaiki.

jaya ramba HARIAN KENYALANG TERKINI

Sentiasa dengan berita sensasi dan terkini mengikut hinsutan waktu.

Terus memberi liputan bagi membela masyarakat yang tertindas.

Menyelongkar kes-kes tersembunyi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  © Blogger template 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP