Jumat, 16 Januari 2009

KEJUJURAN DBPCS DIPERSOAL-BERITA HARIAN


Photo: Saya bersama saudara Phoro Hakim.
Hari khamis, 15 Januari 2009, adalah detik yang cukup mengejutkan saya. Tanpa saya sedari berita yang saya timbulkan lewat blog telah dipaparkan di dada akhbar agung tanah air. Pada pagi itu, saya tidak putus-putus menerima panggilan dan sms dari rakan-rakan penulis. Saya memang terperanjat sehingga saya panik dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Bukan apa, kerana saya tidak menyangka suasana ini timbul. Memang petikan itu tajam dan begitu menyulam perasaan pihak yang berkaitan. Termasuk diri saa sendiri yang memang tidak mahukan perkara itu terbit. Namun, saya terima dalam keadaan tertekan. Maka, di ruang ini saya memohon maaf kepada Editor DBPCS, sdr Abg Haliman dan pembantunya. Juga mohon maaf kepada pengarah yang saya cukup kagumi, sdr Jiso Rutan dan timbalannya, Abg Padeli Abg Muhi serta kerabat DBP sekali.
Saya tidak berniat merendah-rendahkan cara pengurusan institusi DBPCS dan tidak sekali-kali ingin memburukkan cara tuan mengadili sesebuah karya untuk dinilaikan. Juga, saya tidak mempunyai perasaan prasangka dan masuk campur dalam urusan berkaitan.
Memang saya sedikit terkilan sehingga saya membuat alasan di dalam blog saya tetapi tidak bermaksud mengwal-walkan perkara ini untuk umum. Buat sdr. Nazmi Yakup, alangkah baiknya kalau diberitahu kepada saya terlebih dahulu tentang perkara ini. Namun, segalanya telah berlalu. Saya hanya menanti apa reaksi pihak DBPCS terhadap saya. Maka, kesempatan ini, saya memohon maaf kepada DBPCS.

0 komentar:

jaya ramba HARIAN KENYALANG TERKINI

Sentiasa dengan berita sensasi dan terkini mengikut hinsutan waktu.

Terus memberi liputan bagi membela masyarakat yang tertindas.

Menyelongkar kes-kes tersembunyi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  © Blogger template 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP