Selasa, 09 Desember 2008

CABARAN BARU SAYA DALAM DUNIA MUZIK

Salam sejahtera semua. Saya kembali dengan sesuatu yang baru yang juga mungkin membawa saya ke arah satu lagi dunia paling mencabar. Saya telah berjaya mencipta hampir dua puluh buah lagu yang saya telah cipta lirik iramanya. Saya juga telah berjinak dengan keyboard. Segalanya berjalan dengan baik.

Saya ditemukan dengan seorang kompuser terkenal. Syukur kerana 11 buah lagu itu berjaya diatur dan diiramakan sesempurnanya. Saya akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk sesi recording. Dijangka album pertama saya muncul di pasaran pada Februari 2009. Saya berharapkan sokong rakan-rakan sekarabat agar mendapatkan album itu di dalam bentuk CD sekali. Kebetulan sebuah novel juga akan terbit. Maka, ia hadiah paling bermakna buat saya dan pembeli pertama hingga ke sepuluh kerana akan diberi novel percuma.

Harap para rakan memberi sokongan sepenuhnya. Terima kasih kepada IEDIT kerana memberi ruang kepada saya membuat album sulung dengan syarikat beliau.

0 komentar:

jaya ramba HARIAN KENYALANG TERKINI

Sentiasa dengan berita sensasi dan terkini mengikut hinsutan waktu.

Terus memberi liputan bagi membela masyarakat yang tertindas.

Menyelongkar kes-kes tersembunyi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  © Blogger template 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP