Jumat, 28 November 2008

SEPULUH TAHUN TUAI RUMAH TIDAK BERGAJI

Kelihatan saudara Poul Nanggang duduk sambil melihat persembahan tarian ngajat Iban. Saya berdiri dan ingin mengambil photo sdr. Prof Dr. Lim Swee Tin yang jenuh dengan beberapa orang tua di rumah panjang Michael Libau.



Seterusnya saya sempat bersembang dengan Tr. Michael Libau. Beliau mengatakan kerajaan belim lagi menyambung air dan elektrik ke rumah panjang 75 pintu. Sebenarnya rumah panjang ini kerap kali menjadi kunjungan pelawat luar kerana keunikannya berhampiram dengan Gua Niah.
Tr. Michael Libau juga mengatakan bahawa beliau belum diberi gaji sebagai Tuai Rumah walaupun sudah hampir sepuluh tahun memimpin rumah panjang yang unik berkenaan. Di sini, kita mahu melihat keprihatinan kerajaan Negeri Sarawak terhadap pemimpin kita. Kenapa setelah sekian lama menjadi Tuai Rumah, tetapi gaji tidak ada? Mengapa harus mengambil masa yang lama seorang tuai rumah diberi gaji. Sedangkan seratus peratus anak buah di rumah panjang menyokong beliau. Bagaimana pula kedudukkan tuai rumah panjang yang lain?

Persoalan kedua, apabila seseorang tuai rumah meninggal atau bersara, berapa lama untuk seorang tuai rumah diberi tawaran dan disahkan? Maka, proses pergajian untuk tuai rumah yang baru pasti sukar dilaksanakan secepat mungkin. Apakah sehingga sepuluh tahun?

Di sini, saya bukan mahu menyalahkan kerajaan negeri. Saya amat kagum dengan kerajaan yang dibawah pimpinan KM sekarang dan saya tahu kerajaan negeri Sarawak amat pantas membangun. Tetapi pegawai daerah dan residen harus memainkan peranan. YB di tempat berkenaan juga harus memantau dan bertindak segera seadil-adilnya. Kita tidak mahu ada tuai rumah yang ketinggalan menerima faedah yang kerajaan sediakan.

Maafkan saya di ruangan ini. Namun, saya harus bersuara dan menegakkan kebenaran agar tidak ada generasi yang ketinggalan menerima faedah kemajuan. Diharap kerajaan memantau dan mengambil tindakan segera yang saya rasa ramai tuai rumah tidak bergaji dan tidak disahkan kedudukkan mereka.

1 komentar:

peter 19 Maret 2009 pukul 23.03  

CORRECTION.. NAMA TUAI RUMAH NYAK UKAI MICHEAL LIBAU....

SEBENAR YA TUAI RUMAH PATRICK LIBAU.. YA MANGKU JAWATAN TUAI RUMAH MAYA TAUN 2002 PIAK NYENTUK KA DIATU.. PASAL YA NADAI BULIH GAJI AS TUAI RUMAH KAMI ENDA NEMU.....

THANKS LABAN ENGKAH JERITA PASAL RUMAH PANJAI KAMI BA BLOG NUAN. ANYWAY GOOD WRITER. KEEP IN TOUCH!

jaya ramba HARIAN KENYALANG TERKINI

Sentiasa dengan berita sensasi dan terkini mengikut hinsutan waktu.

Terus memberi liputan bagi membela masyarakat yang tertindas.

Menyelongkar kes-kes tersembunyi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  © Blogger template 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP