Rabu, 26 November 2008

DIALOG TELUK DI LABUAN

Tanggal 12-14 November 2008, sekali lagi Dialog Teluk di Labuan menghimpunkan puluhan penulis di sekitar Negeri Sarawak, Sabah, Negara Brunei Darussalam dan Pulau Keadilan Labuan. Saya selaku antara pembentang Kertas Kerja yang dijemput dengan membentangkan kertas kerja berjudul, GERAK LANGKAH KE HADAPAN PENULIS TELUK: POUL NANGGANG.

Bagi pengetahuan semua kerabat dan aktivis sastera dan budaya bahawa Dialog kali ini terlalu berbeza dengan Dialog Borneo Kalimantan. Masalah yang menimpa adalah masalah kedatangan para peserta yang mengundang seribu satu kesukaran tentang penginapan. Masalah kedua, kertas kerja yang dibentangkan agak kurang berkualiti. Masalah ketiga, penglibatan GAPENA menyukarkan keadaan. Masalah keempat, arah tuju Dialog Teluk yang tanpa erti dan matlamat yang sebenar.

Saya paparkan bahan ini bukan untuk mengecam mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi aktiviti agar aktiviti yang melibatkan sastera itu benar-benar bersedia dan tidak mengundang masalah kepala badan kerabat yang dijemput khas. Namun. syukur kerana perjalanan Dialog Teluk berjalan lancar. Para peserta pula dibawa bersiar-siar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PERWILA kerana akhirnya berjaya menganjurkan Dialog yang sederhana ini.

0 komentar:

jaya ramba HARIAN KENYALANG TERKINI

Sentiasa dengan berita sensasi dan terkini mengikut hinsutan waktu.

Terus memberi liputan bagi membela masyarakat yang tertindas.

Menyelongkar kes-kes tersembunyi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  © Blogger template 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP